RUMAHKU SYURGAKU..
Dengan nama Allah yang maha pemurah,lagi maha mengasihani....
Wow! Tajuk untuk aku bicara kali ini agak berat..yer,rumah..Alhamdulillah selepas setahun berkahwin, pada bulan November 2013 akhirnya aku telah secara rasmi memiliki rumah sendiri.Alhamdulillah satu perasaan yang sangat susah untuk digambarkan sebab rumah yang aku miliki tu cukup membuatkan aku jatuh cinta pada rekabentuk dan kedudukan kawasan rumah tersebut.
Sedikit sebanyak tentang rumah ini,Rumah ini terletak di Taman Seri Impian,Kluang,Johor.Model rumah ini ialah MILONIX dan jenis rumah teres 2 tingkat..Nama pemaju untuk projek perumahan ini Matrix consept..Boleh rujuk kat link ini http://www.seriimpian.com.my/index.asp untuk detail dan pelan lantai...Dah tahu tentang lokasi & pemaju,mesti nak tahu harga kan??? baiklah,harga rumah ini RM 503,888.00..Agak mahal tetapi berbaloi sebab rumah ni corner lot, international lot dan free hold..untuk pelaburan masa depan, In Sha Allah harga tersebut berpatutan dan tidaklah terlalu mahal jika nak dibandingkan dengan kedudukan yang strategik dimana berhampiran dengan Hospital Kluang, bakal ada 5 buah sekolah, Masjid, IIMU,Pasaraya besar JUSCO dan yang penting setiap fasa ada surau...
Gambar gabungan untuk rumah |
Pandangan dari sudut tepi belakang rumah |
Pandangan sudut tepi hadapan rumah |
Rumput yang pemaju tanam di halaman rumah |
Keadaan rumah semasa pembinaan..yer,batu bata ni pun salah satu faktor kenapa harga rumah ni mahal |
Gambar ni masa kerja mengecat dalam proses,pagar pun belum pasang lagi! |
Rumah dah siap cat dan pagar telah dipasang..Cantik kan? hehe siap ada pokok lagi |
Ni pula gambar rumah masa pembinaan,tiles pun x pasang lagi.. |
No comments:
Post a Comment